Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembekalan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mendedahkan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk projek tersebut.<br /><br />Pengerusinya, Wong Kah Woh, berkata situasi itu menyebabkan syarikat BNS menghadapi 'cost overrun' sebanyak RM1.4005 bilion.<br /><br />Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM400 juta digunakan untuk menyelesaikan hutang lapuk membabitkan Projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV).